BERBASIKAL

Gempa bumi: Atlet berbasikal negara dalam keadaan selamat

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
28/03/2025
10:45 MYT
Sponsor Banner
Gempa bumi: Atlet berbasikal negara dalam keadaan selamat
Skuad berbasikal negara yang kini beraksi di Thailand dalam keadaan selamat selepas ibu negaranya, Bangkok, diisytiharkan kawasan darurat berikutan gempa bumi yang berpusat di Myanmar yang berukuran 7.1 magnitud, hari ini.
Bagaimanapun, tujuh atlet wanita berbasikal trek negara dalam keadaan baik di Chiang Mai sementara enam daripadanya akan bertolak ke Bangkok esok untuk menyertai Jelajah Thailand memandangkan tiada sebarang maklum balas daripada penganjur.
Lapan peserta berbasikal lebuh raya lelaki negara pula selamat meneruskan kayuhan ke Bhan Mai Kho Noi dan akan meneruskan aksi dalam perlumbaan peringkat keenam yang juga terakhir ke Aranyaprathet esok -- 3 jam dari Bangkok -- yang melibatkan laluan sejauh 144.4 km sebelum dijadual pulang ke tanah air, dua hari lagi.
Dalam perlumbaan itu hari ini, wakil Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Saleh, menaiki podium selepas menamatkan saingan di tempat ketiga.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video