Skip to main content

Tenis

Gelaran Terbuka AS penuh bermakna buat Nadal

11917nadal.jpg
Kemenangan dalam Terbuka Amerika Syarikat yang diraih oleh pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal, adalah satu kejayaan yang penuh beremosi dan akan menjadi kenangan terindah buat dirinya.

Kebangkitan Nadal pada 2017 berterusan di Flushing Meadows selepas dia mengalahkan  pemain pilihan ke-28, Kevin Anderson, 6-3, 6-3, 6-4 dalam aksi final.

Pemain berusia 31 tahun itu ternyata berada dalam kelas tersendiri ke atas Anderson, sekaligus menjulang kejuaraan  utama ke-16 dan gelaran Terbuka AS yang ketiga, sekaligus cuma ketinggalan tiga gelaran untuk menyamai rekod Roger Federer.

Sebelum ini, Nadal bergelut dengan kecederaan sejak beberapa tahun tetapi dia kembali menemui sentuhan terbaik pada 2017, dengan meraih kemenangan ke-10 dalam Terbuka Perancis dan kini Terbuka AS.

"Pada saya, ini merupakan kemenangan yang tidak dijangka," kata Nadal.

"Selepas mengalami kecederaan sejak beberapa tahun yang lalu dan gagal mempamerkan aksi yang terbaik,. kemenangan Terbuka AS ini merupakan satu kejayaan di atas usaha untuk mendapatkan semula prestasi terbaik saya," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video