Fabio Fognini digantung daripada menyertai Terbuka Amerika Syarikat (AS) atas kenyataan yang dibuatnya terhadap pengadil perlawanan susulan tewas pusingan pertama di Flushing Meadows.
Fognini kecundang di tangan pemain senegara, Stefano Travaglia, dalam perlawanan di mana dia telah meluahkan kata-kata berbaur lucah terhadap pengadil Sweden, Louise Engzell.
Pemain berusia 30 tahun itu sebelum ini telah pun berdepan tiga hukuman denda berjumlah ASD24,000, namun dia kini telah digantung sementara daripada menyertai kejohanan tersebut sementara menanti keputusan sama ada dia telah melakukan kesalahan besar.
Keputusan itu bermakna Fognini tidak lagi dibenarkan meneruskan perlawanan beregu dalam pusingan ketiga Terbuka AS.
"Menurut Kod Tatatertib Grand Slam, Artikel III Q dan Artikel IV A dan B, Fabio Fognini kini digantung sementara daripada sebarang penglibatan dalam Terbuka AS sementara menunggu keputusan sama ada dia telah melakukan kesalahan besar ketika aksi pusingan pertamanya.
"Penggantungan ini dikuatkuasakan serta-merta, sekaligus Fognini tidak dibenarkan bertanding dalam acara beregu.
"Tiada sebarang komen akan dikeluarkan mengenai isu ini sehinggalah proses selesai," kata satu kenyataan yang dikeluarkan.