Pesuruhjaya Sukan (PJS), Datuk Zaiton Othman, mengesahkan Persatuan Triatlon Malaysia (Triam) dibatalkan pendaftaran kerana gagal menyediakan laporan tahunan lengkap, sekali gus menerima nasib sama seperti Persatuan Luncur Ais Malaysia (ISAM).
PJS terpaksa mengambil tindakan tegas terhadap Triam berdasarkan Akta Pembangunan Sukan 1997.
Triam didakwa gagal menyediakan dokumen "maklumat yang kena beri" (MYKB) untuk tempoh jangka panjang, sekali gus menyebabkan pendaftaran mereka dibatalkan.
Ini bermakna atlet triatlon negara tidak mempunyai badan induk, sekali gus tidak dapat menyertai kejohanan tempatan atau luar negara sehingga isu itu selesai.
"Mereka tidak menghantar beberapa dokumen yang penting kepada PJS dan amaran telah dikeluarkan, namun tiada sebarang tindakan dilakukan oleh pihak Triam," kata Zaiton.
Kejohanan terakhir skuad triatlon adalah Sukan Asia Indonesia, Ogos tahun lalu dengan menggunakan tiket Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Sementara itu, atlet triatlon kebangsaan, Aldrian Yeo, kecewa menjadi mangsa sedangkan mereka sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk mewakili negara sejak beberapa tahun lalu.
"Ini merupakan satu masalah besar buat atlet kerana kami tidak boleh menyertai kejohanan tempatan dan luar negara," katanya.
"Masalah ini mungkin boleh memberikan impak kepada persiapan kami untuk menghadapi Sukan SEA."