Skip to main content

Futsal

Futsal ASEAN: Tuntut masa bentuk skuad muda

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

futsal-kebangsaan-malaysia.jpg
Dua kemenangan dan dua kekalahan menamatkan perjalanan skuad negara dalam Kejohanan Futsal ASEAN 2024 minggu lalu. 

Menurut koordinator pasukan, Yusmanizam Yusof, berpuas hati dengan prestasi pasukan walaupun tidak mampu menghasilkan lebih banyak jaringan.

"Keseluruhan edisi ini (mutu) permainan negara tidak jauh dengan Thailand.




"Kami akan membawa pemain muda yang dicungkil daripada liga dan Sukma (Sukan Malaysia)," katanya di Nadi Arena. 

Baginya, tempoh persediaan selama tiga minggu itu sudah cukup untuk menjadi bekalan ke Thailand, namun perancangan untuk membawa masuk lebih ramai pemain muda akan dilakukan sempena sebarang kempen kejohanan tahun depan.

"Kami perlukan masa sedikit panjang untuk mempersiapkan pasukan baru.

"Ramai pemain muda akan diserapkan dalam pasukan negara," katanya.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video