Vietnam dan Thailand bukan halangan untuk skuad kebangsaan mencipta kejayaan buat julung kalinya.
Itu yang menjadi keutamaan skuad futsal negara yang kini berada di Thailand bagi menjalani persediaan penuh sebelum Kejohanan Futsal ASEAN membuka tirai, hujung minggu ini.
Walaupun berada dalam sekumpulan bersama Thailand dan Vietnam, ia bukan penghalang untuk Malaysia menyasarkan pentas final, sekali gus muncul juara di pentas serantau buat kali pertama.
"Selepas diteliti (kemampuan) pasukan lain, kebanyakkan pasukan mengetengahkan pemain baru dan kesuntukan masa persiapan kecuali Indonesia.
"Mutu Thailand dan Vietnam sama sahaja," kata penolong jurulatih negara, Addie Azwan Zainal.
Dua perlawanan aksi persahabatan bertemu Australia dan kelab domestik bakal menjadi kayu pengukur sebelum skuad negara menjadikan Brunei sebagai langkah kanan.
"Dalam tiga tahun kebelakangan ini, tahap kita tidak jauh dengan pemain mereka.
"Kami meraih keputusan baik dalam dua perlawanan persahabatan pada awal tahun ini.
"Pasukan kali ini sudah bersedia," katanya.
Shaiful Shamsudin
Tue Oct 29 2024