FUTSAL
Futsal ASEAN: Menang tapi cabaran skuad negara sudah tertutup
Misi hidup anak buah Rakphol Sainetngam untuk merebut kedudukan dalam kelompok tiga terbaik dalam Kumpulan A berjaya direalisasikan selepas membenam Timor-Leste 2-0 di Terminal 21 Korat, Nakhon Ratchasima, Thailand, sebentar tadi.
Kemenangan skuad futsal negara tidak hadir dengan mudah dengan corak ampuh pasukan lawan yang kerap menyerang dengan percubaan berbahaya untuk mencabar gawang gol pasukan negara.
Begitupun, sepakan daripada sebelah sudut kotak penalti membuka peluang buat Syahir Iqbal menyempurnakan dengan satu jaringan pembukaan pada minit ketiga sekaligus mendahului perlawanan 1-0.
Iklan
Keputusan Masa PenuhKejuaraan Futsal ASEAN 2024 | Rabu, 6 November 2024TIMOR-LESTE ?? 0-2 ?? MALAYSIA⚽️ Syahir Iqbal Khan Akbar Khan 3' Awalluddin Mat Nawi 29' #FAM #HarimauMalaya #ASEANFutsal pic.twitter.com/Tb9Dq7PJVz— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 6, 2024
Tersentak dengan gol itu, skuad lawan semakin memperkemaskan benteng pertahanan yang menyukarkan kem negara untuk menambah sebarang jaringan hingga menuju ke bilik persalinan.
Bersambung babak kedua, corak permainan lebih rancak dipamerkan skuad negara dengan formasi sempurna di antara duo, Syahir Iqbal yang membuat hantaran kepada Awaluddin Nawi untuk melengkapkan satu lagi tambahan jaringan buat Malaysia untuk menang menewaskan Timor-Leste.
Malaysia menamatkan cabaran secara rasmi berada di tempat ketiga dengan 6 mata sementara Timor-Leste kekal di kedudukan keempat dengan 3 mata.
Must-Watch Video