Formula 1 akan memperkenalkan sistem penyejukan kokpit baharu bermula musim 2025.
Langkah itu diambil berikutan insiden Grand Prix Qatar 2023 di mana ramai pemandu mengalami ketidakselesaan akibat suhu tinggi dalam kokpit.
Sistem ini dirancang untuk memastikan keselesaan pemandu ketika mengharungi perlumbaan meskipun di dalam cuaca yang panas.
Sistem penyejukan ini telahpun menjalani ujian pada 2024 dan akan diaktifkan ketika kokpit mencapai suhu tertentu.
Penambahan sistem yang baharu ini akan dimasukkan dalam peraturan teknikal 2025 yang akan dikemaskini oleh FIA dalam masa terdekat.
King Hisyam
Fri Nov 22 2024