Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-67 semalam, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menganjurkan acara Forest Merdeka Run yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Mungkin ramai juga yang tidak tahu, FRIM sentiasa menganjurkan pelbagai acara menarik saban tahun dalam usaha mewujudkan hubungan erat dengan orang awam.
Dalam perkembangan sama, Ketua Pengarah FRIM, Datuk Ismail Parlan, memaklumkan lokasi berada dalam senarai calon bagi mendapatkan pengiktirafan Tapak Warisan Dunia (UNESCO).
"Kita ada lebih daripada 30 orang jurupandu untuk menerima kunjungan orang ramai setiap hari kecuali hari Jumaat. Boleh semak laman sesawang FRIM.
"Kita juga ada aktiviti seperti Amazing Race, Treassure Hunt dan banyak lagi yang akan dianjurkan daripada masa ke semasa. Kami tak dapat buat secara kerap kerana lokasi kami ini adalah hutan dan berdenai.
"Ada juga aktiviti sukan akan diadakan pada bulan depan memandangkan ia bulan sukan.
"Tahun ini kami telah hantar borang pencalonan secara rasmi jadi pihak UNESCO akan jalankan penilaian. Kami harap berjalan lancar agar pada tahun hadapan UNESCO akan iktiraf FRIM sebagai Tapak Warisan Dunia, " katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.
Saufi Tahir
Sun Sep 01 2024