Seminggu lagi sebelum menjelang saingan Fire Cage Fighting Championship 2025 berlangsung di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan.
Penganjur kejohanan, Francisco Cesar menjanjikan aksi kombat terbaik bakal disajikan buat peminat pada 22 Februari nanti.
Malah, tidak lupa juga dengan kehadiran hero lokal seperti Agilan 'The Alligator' Thani yang bakal hadapi Garath Gerard dalam disiplin grappling pada malam itu dengan dia turut teruja dengan kehadiran penyokong sukan itu nanti.
"Kami mempunyai aksi yang mendebarkan petarung tempatan yang beraksi dengan bagus serta petarung muda yang sedang teruja beraksi buat pertama kali.
"Ia amat bagus, kami mempunyai nama besar seperti Agilan Thani dan Amari Sengsavanh. Jadi kami gembira untuk peluang pertama ini." kata penganjur Fire Cage Fighting Championship, Francisco Cesar.
Sementara itu, Pengarah kejohanan, Mohamed Bathih, menggesa para peminat sukan kombat untuk segera mendapatkan tiket mereka.
Ini susulan kualiti aksi yang ditawarkan kejohanan itu setara dengan kejohanan kombat bertaraf antarabangsa.
"Kami cuba untuk membawa lebih ramai petarung tempatan berdepan lawan dari luar negara. Jadi ia juga untuk membawa bakat tempatan ke tahap antarabangsa.
"Kami sudah membuka 1000 tiket dah semuanya sudah habis terjual. Jadi kami terdapat beberapa lagi tiket yang akan dijual. Jangan lepaskan peluang untuk saksikan perlawanan mereka." katanya.
Dapatkan tiket anda di sini