Skip to main content

Sukan Lain

Fire Cage: Bruno Barbossa mahu lahirkan lebih ramai jaguh jiu jitsu di Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bruno-barbosa.jpg
Perintis Jiu Jitsu di Malaysia, Bruno Barbossa, menjanjikan persembahan terbaiknya menentang bekas petarung Ultimate Fighting Championship (UFC), Marcos Vinicius, dalam aksi Grappling Super Fight, Kejohanan Fire Cage Fighting di N9 Arena, Nilai pada Sabtu ini.

Bruno mengajar ilmu bela diri itu di Malaysia sejak 2013 dan mempunyai dua atlet negara di bawah bimbingannya dan kedua-duanya pernah menjadi juara dunia.

Dia juga berhasrat untuk melahirkan lebih ramai jaguh jiu jitsu di negara ini dengan menjadikan Fire Cage sebagai antara platform untuk melaksanakan hasrat itu.

"Sebenarnya saya tidak terlalu mengkaji mengenai dirinya (Vinicius) kerana saya mendapat tawaran ini hanya dalam seminggu lalu," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

"Apapun ia akan menjadi pertarungan jiu jitsu dan bukannya MMA.

"Saya tahu dia bekas petarung UFC dan dia juga memiliki tali pinggang hitam, jadi saya menghormatinya.

"Tetapi tidak banyak untuk saya kaji mengenainya kerana ia bukan pertarungan MMA.

"Saya memiliki tekanan sebagai wakil tuan rumah, saya akan menjadi seperti atlet tempatan walaupun saya dari Brazil.

"Saya sudah lama berada di Malaysia dan ramai mengenali saya di sini."
 

Advertisement

Must Watch Video