Bekas atlet angkat berat negara, Firdaus Abd Razak, menawarkan diri untuk memegang jawatan pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dengan berpandangan tugas itu lebih sesuai digalas mereka yang pernah mengibar cabaran Malaysia.
Kerusi pengerusi YAKEB kosong sejak bekas pemain skuasy negara, Azlan Iskandar, meletakkan jawatan Oktober lalu.
Sejak itu, beberapa nama dikaitkan sebagai pengganti, termasuk ahli perniagaan, Datuk Seri Megat Shahriman Zaharudin, yang menyumbang lebih RM500,000 ketika YAKEB berdepan masalah dana beberapa bulan lalu.
Realitinya, masih ada bekas atlet kebangsaan yang berminat memegang jawatan itu.
"Situasi ini wujud kerana bekas atlet menjiwai sukan itu dan memahami apa kehendak atlet. Dalam masa sama, dia juga tahu apa yang dilalui atlet seperti isu pencen.
"Jadi, jika bekas atlet berminat untuk memegang jawatan, dia pasti memahami apa yang diperlukan yayasan," kata Firdaus.
Sejak ditubuhkan pada 2007, hanya bekas atlet yang memegang jawatan pengerusi YAKEB.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman, akan mengumumkan identiti pengerusi YAKEB dalam masa terdekat.