Terengganu Hockey Team merangkul gelaran 'treble' selepas menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 3-0 menerusi penentuan pukulan penalti dalam pentas akhir Piala TNB 2025 di Stadium Hoki Nasional 2, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Perlawanan berlangsung sengit buat kedua-dua pasukan apabila berakhir hingga wisel penamat dengan keputusan 1-1, sekali gus memaksa gelaran juara ditentukan menerusi pukulan penalti yang berakhir 3-0 berpihak kepada THT.
Mereka melengkapkan gelaran treble selepas memenangi Piala Sumbangsih sebelum muncul juara Liga Hoki Malaysia (LHM) dan Piala TNB 2025, selain memegang rekod tidak tewas dalam saingan liga untuk mengulangi pencapaian pada 2023.
Pukulan penalti THT disempurnakan oleh Faizal Saari, Syarman Mat Tee dan Fitri Saari.
Untuk rekod, pertemuan itu merupakan aksi final keempat berturut-turut melibatkan dua kelab gergasi hoki di Malaysia itu.
Dalam pada itu, pemain hoki berpengalaman negara, Faizal Saari, turut mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa dengan pemain berusia 34 tahun itu turut telah mengumpul 302 kap bersama skuad kebangsaan serta menyumbangkan 176 jaringan sepanjang kariernya.

Juara Piala TNB 2025 ?
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) February 22, 2025
Terengganu Hockey Team (THT) ⚫⚪@ASTROARENA pic.twitter.com/V9VZwVIadh
Pukulan penalti THT disempurnakan oleh Faizal Saari, Syarman Mat Tee dan Fitri Saari.
Untuk rekod, pertemuan itu merupakan aksi final keempat berturut-turut melibatkan dua kelab gergasi hoki di Malaysia itu.
Penyerang sensasi skuad hoki negara, Faizal Saari umum persaraan di peringkat antarabangsa.
— karlnunis (@_karlnunis) February 22, 2025
Pertemuan singkat antara Faizal dan Sarjit Singh selepas raih kejuaraan Treble.
@ASTROARENA pic.twitter.com/JYlpYMR5uX