Menjelang saingan pusingan keempat FIM MiniGP Malaysia Series 2024, juara dunia MiniGP 2023, Qabil Irfan, sedia menggunakan pengalamannya untuk menakluk Litar Sirkit Horizon, Beranang, yang akan bermula 3 hingga 4 Ogos ini.
Walaupun pada Sabtu lalu, Qabil hanya meraih kedudukan kelima di perlumbaan pertama namun, kesungguhannya membuktikan dia berjaya mengetepikan cabaran tiga pelumba teratas untuk memenangi kategori Moto 4 ESBK di litar Catalunya.
Pelumba muda itu mendedahkan bahawa kunci kejayaan utamanya ialah dia dapat mencuba terlebih dahulu di litar tersebut untuk mendapatkan keserasian selain membiasakan diri terhadap jenteranya di litar itu.
Dalam masa sama, juara Asia Talent Cup, Hakim Danish, berazam untuk mendapatkan kedudukan podium dalam baki dua pusingan MotoGP Rookies Cup meskipun berada di tempat keenam keseluruhan ketika ini.
Pelumba berusia 17 tahun itu sempat melakukan persiapan bersama ZK Racing selain menyertai latihan dengan pelumba luar, Sergio Mora dan Valentine Perrone, untuk memperbaiki tahap perlumbaan sambil menimba pengalaman bersama dua pelumba berkenaan.