Elemen 'tidak berpuas hati' berlegar-legar dalam kotak fikiran pengurus kejohanan FIM MiniGP Malaysia, Zulfahmi Khairuddin, mengenai keputusan keseluruhan negara.
Kenapa dan mengapa?
Zulfahmi yang pernah bersaing dalam pentas Moto3 iaitu Kejohanan Dunia dari 2012 hingga 2015 menegaskan elemen tuah tidak memihak pelumbanya.
Baginya, kelebihan lebih memihak pasukan dari Sepanyol kerana dapat menguji litar dengan lebih rapi, namun tetap bangga dengan perjuangan empat pelumba negara, terutama sekali Qabil Irfan Azlan yang berjaya meraih podium di perlumbaan kedua kategori 190.
"Semestinya saya tidak berpuas hati dengan keputusan, dan saya pasukan Sepanyol ada kelebihan tertentu.
"Ujian persendirian selama tiga hari menjadi kelebihan istimewa kepada mereka.
"Secara jujurnya, kami harus merencana perancangan ini dengan lebih baik supaya ia lebih tersusun rapi dan lebih bersedia.
"Terima kasih kepada semua penyokong dan pelumba. Ibu bapa yang bertungkus lumus.
"Jumpa pada tahun hadapan," katanya di Nadi Weekend.
Secara keseluruhan, kempen pasukan Malaysia di Valencia berakhir dengan Qabil Irfan tamat di kedudukan keempat daripada 18 pelumba, sementara Al-Adam Mikail muncul pelumba terbaik negara bagi kategori 160 menerusi pencapaian di kedudukan ke-11.