Skip to main content

Permotoran

FIM MiniGP Dunia: Qabil Irfan terlepas kelompok podium, Adam Aiman beri tentangan sengit

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fim.jpg
Sandaran utama negara, Qabil Irfan Azlan, terpaksa akur menamatkan perlumbaan akhir di kedudukan ketujuh dengan catatan 14 minit 24.24 saat, sekali gus gagal mengulangi momentum podium yang diraihnya pada perlumbaan 2 sebelum ini.

Qabil yang memulakan aksi dari petak kelima berusaha mengekalkan rentak konsisten, namun saingan sengit dalam kelompok hadapan menyukarkannya untuk kembali mencabar kelompok terbaik. 

Dominasi podium tempat ketiga yang ditunjukkannya pada perlumbaan terdahulu tidak dapat diterjemahkan dalam aksi penentu tersebut.




Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Adam Aiman, turut cuba memberikan saingan kompetitif sebelum menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-13 dengan masa 14m 31.058s.

Aksi final menyaksikan kejutan di kelompok tiga teratas apabila pelumba China, Shengbo Sun, muncul juara selepas mempamerkan tunggangan kemas dari awal hingga akhir manakala tempat kedua pula menjadi milik Diego Gonzalez, yang konsisten mengekori rapat sepanjang perlumbaan.

Advertisement

Must Watch Video