Skip to main content

Sepak Takraw

Filipina lengkapkan 15 pasukan rebut gelaran di Sepak Takraw Piala Asia 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sumali_1.jpg
Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF), Datuk Abdul Halim Kader, mengesahkan Filipina muncul pasukan terakhir yang mengesahkan penyertaan ke Kejohanan Piala Asia 2025 Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, Mei depan.

Keputusan itu dicapai ketika mesyuarat jawatankuasa induk Piala Asia yang berlangsung di Kuala Lumpur, semalam.

Penyertaan Filipina melengkapkan senarai 15 pasukan bertanding yang akan berkampung di Titiwangsa bermula 9 hingga 18 Mei depan dengan empat acara dipertandingkan ialah iaitu, regu, berpasukan, quadran serta double.

"Semalam mesyuarat dipengerusikan Datuk Sumali bersetuju untuk membenarkan Filipina menyertai dan mereka telah membuat surat rayuan pada 3 Februari ini." katanya.

Majlis undian dan pengenalan trofi Piala Asia akan diadakan pada 20 April di ibu negara.

"Walaupun terlambat tidak adil buat saya tolak kerana Thailand juga lewat, lebih-lebih lagi buat pasukan hebat seperti Thailand dan Filipina." tambah Datuk Sumali. 

ini merupakan senarai lengkap 15 pasukan yang bakal bertarung untuk bergelar juara asia. penganjuran kali pertama ini bakal menyaksikan lapan wakil Asia Tenggara selain India, Jepun dan China.

1. INDIA
2. SINGAPURA
3. BRUNEI
4. IRAN
5. MYANMAR
6. MALAYSIA
7. INDONESIA
8. VIETNAM
9. JEPUN
10. CHINESE TAIPEI
11. KOREA
12. CHINA
13. THAILAND
14. PAKISTAN
15. FILIPINA

Advertisement

Must Watch Video