Pelari pecut negara, Siti Fatimah Mohamad, menyertai S. Komalam Shally untuk meninggalkan jurulatih, M. Balamurugan, kerana menganggap program latihan pengendali itu sudah tidak sesuai walaupun skuad olahraga mencatat prestasi membanggakan dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, bulan lalu.
Fatimah bertekad meninggalkan Balamurugan, yang membimbingnya sejak 2015, kerana berasakan program latihannya tidak cukup untuk membantunya berlari lebih pantas.
Ironinya, tindakan ini menyaksikan dia dan Komalam terpaksa berlatih bersendirian tanpa jurulatih di Majlis Sukan Negara (MSN).
"Saya tahu apa yang perlu dibuat ketika sesi latihan. Bagi saya, tiada masalah buat masa ini kerana saya bukan atlet baru," jelas Fatimah.
"Kalau kami mahu melayakkan diri ke Sukan Asia atau Sukan Komanwel sudah tentu kami memerlukan jurulatih profesional tetapi buat masa ini, kami perlu berlatih sendiri," ujar Komalam.
Sementara itu, Balamurugan menerima keputusan Fatimah dan Komalam, namun beliau masih terus membimbing ratu pecut, Zaidatul Husniah Zulkifli serta Jonathan Nyepa dan G. Aravin Thevar.
"Selepas Sukan SEA, sekarang ini mereka teruskan dengan latihan kerana masing-masing ada kejohanan yang bakal mereka sertai dan selepas itu saya akan memberikan mereka rehat sebelum kembali sertai persiapan pada bulan November bagi menghadapi Sukan Komanwel," kata Balamurugan.