Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Stadium Tertutup Nilai atau diberi nama baru N9 Arena, Mohd Agmeer Farouke, memaklumkan persiapan venue menjelang Fire Cage Fighting Championship 2025 berada pada tahap terbaik dan sudah bersedia untuk menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa itu hujung bulan ini.
N9 Arena bakal menjanjikan keselesaan kepada semua pihak yang hadir termasuk penonton memandangkan ia mampu menampung kapasiti 5,000 penonton selepas proses penambah baikan, Disember lalu.
"Ini adalah program pertama kami yang bertaraf antarabangsa.
"Cabaran itu memang berat, namun kami sudah bersedia. Penganjur juga memberikan komitmen untuk bekerjasama dengan kami.
"N9 Arena adalah nafas baru yang bertujuan untuk mempromosi aktiviti sukan dan bukan sukan.
"Saya mahu mengambil peluang untuk membuat hebahan iaitu, kepada mana-mana penganjur yang mahu melakukan aktiviti, boleh hubungi kami dam kami akan adakan lawatan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.