Skip to main content

Sukan SEA

Farah Ann kini bergelar usahawan, pakar motivasi, juri gimnastik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

farah-ann.jpg
Bekas gimnas negara yang juga olimpian, Farah Ann Abdul Hadi, kini melangkah ke fasa baru dalam kerjayanya sebagai pakar motivasi, juri pertandingan gimnastik, dan juga seorang usahawan. 

Setelah merangkul pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa, termasuk mewakili Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Farah Ann kini komited untuk berkongsi pengalaman dan memberikan inspirasi kepada generasi muda serta orang ramai. 

Dengan semangat yang sama, secara tidak langsung dia terus menyumbang kepada pembangunan sukan gimnastik negara sambil mengembangkan perniagaannya.

"Sekarang ini saya baru mendapat lesen juri di peringkat antarabangsa, selain itu saya seorang pakar motivasi dan juga mempunyai bisnes sendiri. 

"Untuk menjadi pakar motivasi, semasa berlatih dan bersaing dahulu saya ada mulakan sikit-sikit juga dan sekarang saya teruskan. 

"Tahun ini adalah tahun Sukan SEA, banyak pelapis baru dan berharap dapat melihat mereka bersinar. Saya berharap dapat melihat juara baru yang akan datang.

"Sekarang ini saya jadi juri untuk Sukan Malaysia (Sukma) dan kejohanan dalam Malaysia, sekarang saya ada lessen antarabangsa, saya harap jadi juri untuk Sukan SEA pula." katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video