Skip to main content

Sukan Lain

Farah Ain harap boling padang dipandang tinggi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

darahh.jpg
Jaguh boling padang negara, Nor Farah Ain Abdullah, berharap sukan boling padang dapat dipandang tinggi oleh masyarakat Malaysia setanding sukan teras lain.

Ini susulan atlet daripada sukan boling padang menerima pengiktirafan dalam dua tahun berturut-turut dalam Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia SAM 100PLUS.

Atlet berusia 24 tahun itu baru-baru ini diumumkan sebagai penerima Anugerah Atlet Terbaik pada malam anugerah yang berlangsung di ibu kota itu, sekali gus menambah pengiktirafan selepas dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan pada Anugerah Sukan Negara (ASN) 2024.

"Daripada pihak media ini yang membantu menaikkan nama boling padang di mata rakyat Malaysia. 



 

"Bagi saya selepas sukan ini mendapat anugerah dua tahun berturut-turut, saya rasa ini platform agar boling padang boleh naik agar menjadi sukan teras nanti.

"Farah tidak sangka dapat bawa anugerah ini pulang berbanding atlet lain yang lebih lama dalam bidang sukan, saya tidak sangka. Farah rasa kelebihan apabila dinobatkan pemain nombor satu dunia.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kedudukan rankingnya, dia berkongsikan: "Ranking sekarang saya saya sekarang berada dalam kelompok 20m terbaik susulan dalam bulan ini tidak menyertai sebarang kejohanan kerana masalah kecederaan dan direhatkan. 

"Jurang mata kedudukan ranking antara atlet lain juga tidak jauh. Tahun ini kejohanan terbesar adalah Piala Dunia."tambahnya. 

Advertisement

Must Watch Video