Skip to main content

Sukan Lain

Fadhil lupakan siri New Zealand, Hong Kong

fadhil-zonis_1.jpg
Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis, terpaksa menarik diri daripada Siri Piala Dunia di New Zealand dan Hong Kong bulan ini bagi menjalani rawatan susulan demam denggi.

Keadaaan Fadhil menjejaskan peluang trio pecut negara meraih pingat emas dalam Kejohanan Asia di Jakarta, hujung minggu lalu.

Susulan masalah kesihatan itu, Fadhil terpaksa menarik diri selepas mendapat nasihat doktor.

Dia terpaksa melepaskan peluang melakukan penampilan ketiga dalam Siri Piala Dunia musim ini kerana masih belum pulih sepenuhnya daripada penyakit itu.

"Ia merupakan kerugian buat kami memandangkan kami berpotensi meraih keputusan positif untuk ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Namun, kami masih mempunyai Kejohanan Dunia untuk disertai dan jika diturunkan dalam keadaan tidak sihat, sudah pasti saya tidak dapat memberikan aksi sebenar.

"Buat masa ini, saya mahu pulih secepat mungkin bagi menyertai Kejohanan Dunia," katanya.

Ketiadaan Fadhil memaksa Malaysia menarik diri daripada acara pecut berpasukan bagi siri di New Zealand dan Hong Kong itu.

Berdasarkan perancangan awal, trio itu sepatutnya dibarisi Fadhil, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan pelumba remaja negara, Faris Haiqal Mohd Kadir.

Fadhil akan memberikan tumpuan terhadap sesi latihan di Velodrom Nasional, Nilai, menjelang Kejohanan Dunia di Poland bulan depan.

"Berdasarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik, kami masih di belakang China dan Jepun.

"Setiap keputusan perlumbaan akan diambil kira dan kemenangan pula akan memberikan mata gandaan," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video