Skip to main content

Permotoran

F1: Toto anggap McLaren sengaja undang 'situasi sukar' buat Piastri, Norris

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mercedes-toto-wolff-belgian-grand-prix-planet-f1.jpg
Kontroversi membabitkan dua pemandu McLaren, Lando Norris dan Oscar Piastri, pada Ahad lalu dalam pusingan perlumbaan Grand Prix Itali mengundang pelbagai kritikan terhadap kewajaran keputusan yang dibuat oleh pasukan itu.

Terbaru bos pasukan Mercedes, Toto Wolff, menyifatkan tindakan McLaren mengarahkan Piastri memperlahankan jentera bagi memberi laluan kepada Norris menamatkan perlumbaan di litar Monza di tempat kedua akan memburukkan lagi keadaan dalam persaingan mereka memburu kejuaraan musim ini.

Toto melihat risiko lebih besar terpaksa dilalui apabila persaingan perebutan itu menjadi terlalu sengit antara kedua-dua mereka dan perlu menanggungnya tanpa ada jalan untuk keluar.

Dia lebih cenderung untuk mengatakan bahawa McLaren sengaja melakukanya walaupun tiada alasan jelas untuk mereka membuat keputusan sebegitu.

"McLaren sengaja meletakkan situasi sukar untuk ditarik balik" Jelas Toto kepada media sejurus tamatnya perlumbaan di Monza pada Ahad.

Insiden pada Ahad itu berlaku ketika perlumbaan memasuki pusingan ke-47 selepas Norris mengalami masalah dengan 'Wheel Gun' ketika melakukan hentian pit dan ketinggalan di belakang Piastri di kedudukan ketiga sejurus beliau kembali ke litar perlumbaan.

McLaren kemudianya segera mengarahkan Piastri memberi laluan kepada Norris untuk memintasnya walaupun Piastri agak keberatan.

Namun beliau akhirnya akur dengan keputusan yang dibuat oleh McLaren yang akhirnya menyaksikan dia terpaksa berpuas hati mengakhiri saingan di tempat ketiga.

Piastri masih lagi mengungguli takhta kejuaraan ketika ini namun keputusan di Monza mengakibatkan kelebihan jurang mata antara beliau dan Norris kini semakin mengecil.

Norris minggu lalu sudah mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa dia akan melakukan apa sahaja untuk memastikan kedudukan Piastri itu dapat dipintas untuk merangkul kejuaraan dunia musim ini.
F1

Dari Minat Jadi Koleksi

Bina sedikit demi sedikit, nikmati setiap detik sehingga siap untuk dipamer.


Terokai Sekarang

Advertisement

Must Watch Video