F1
F1: Sesi latihan terhenti akibat kemalangan babitkan Bearman
Sesi latihan pertama siri perlumbaan pembuka tirai Formula 1 2025 agak sedikit mengejutkan apabila ia terhenti seketika disebabkan kemalangan teruk yang membabitkan Oliver Bearman pagi tadi.
Kecelakaan yang melibatkan pemandu Haas Ferrari itu mengakibatkan penganjur perlumbaan terpaksa mengibarkan bendera merah dan menghentikan seketika sesi tersebut.
Bearman yang membuat penampilan penuh pertama selaku pelumba Formula 1 terbabas selepas gagal mengawal jenteranya pada sektor ketiga.
Iklan
Ketika itu pemandu berusia 19 tahun itu dilihat sedang mengambil selekoh ke-10 pada kelajuan yang tinggi sebelum sebelah tayar jenteranya melepasi permukaan trek dan memasuki kaki lima litar di Albert Park.
Akibatnya jentera dipandu beliau hilang kawalan sebelum menghentam tembok keselamatan konkrit litar dan menyebabkan serpihan bertaburan.
Bearman bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami kecederaan yang serius dan dilihat keluar dengan selamat.
Must-Watch Video