Carlos Sainz yakin dia mampu bersaing untuk memperoleh kemenangan dalam perlumbaan Formula 1 sejurus dia meninggalkan Ferrari untuk Williams pada penghujung musim ini.

Pelumba berusia 30 tahun itu bakal menamatkan tempoh empat tahun bersama Ferrari, dia mana dia berjaya memenangi empat perlumbaan.

Sainz masih memiliki tiga lagi peluang untuk menambahkan rekod tersebut, bermula dengan GP Las Vegas minggu hadapan.

Manakala pelumba dari Sepanyol itu mahu menamatkan karier bersama Ferrari dengan kemenangan, dia menafikan menyertai Williams bakal mengakhiri lebih banyak kejayaan bagi dirinya.


"Tiada lebih gembira untuk memperoleh kemenangan sebelum penghujung tahun ini," katanya.

"Saya akan melakukan yang terbaik. Jika berjaya menang musim ini, saya sudah pasti akan meraikannya. Dan jika tidak, saya tidak percaya ia akan peluang terahir saya untuk melangkah ke podium untuk menang dalam saingan Formula 1.

"Saya akan terus berjuang untuk meletakkan diri saya dalam kedudukan terbaik -- walaupun bersama Williams.

"Semangat saya akan mengatasi segalanya dan itu perkara yang saya yakin. Saya akan membuktikan seperti apa yang saya lakukan bersama Ferrari. Jadi, kisah saya tidak akan berakhir di sini."