Skip to main content

Permotoran

F1: McLaren muncul juara pengeluar musim 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gettyimages-2158869880.jpeg
Kedudukan Lando Norris dan Oscar Piastri yang menamatkan perlumbaan di Grand Prix (GP) Singapura di tempat ketiga dan keempat malam tadi sudah cukup untuk menobatkan pasukan mereka iaitu McLaren untuk muncul selaku juara dalam kategori pengeluar musim 2025.

Walaupun masih berbaki beberapa pusingan lagi perlumbaan, namun selepas mengumpul 650 mata keseluruhan kedudukan McLaren sudah lagi tidak mampu dicabar oleh mana-mana pasukan lain.

Ia termasuklah pencabar terdekatnya Mercedes yang hanya mampu mengumpul 325 mata diikuti Ferrari dengan 298 mata.

Dalam aksi pusingan perlumbaan yang berlangsung di sebelah malam Ahad itu, pemandu Mercedes, George Russel, yang memulakan perlumbaan di petak hadapan seperti dijangka mampu mengekalkan kesempurnaan dalam pemanduanya sepanjang 62 pusingan itu untuk menamatkan perlumbaan di tempat pertama.

Kemampuan Russel menakluki Litar Marina Bay itu sukar digugat oleh pencabar terdekatnya iaitu Max Verstappen yang hanya mampu mengekori Russel hingga ke garisan penamat untuk menduduki tempat kedua dengan perbezaan lebih lima saat di belakang.

Manakala Norris pula berjaya mengenepikan cabaran rakan sepasukan Oscar Piastri untuk berada di kedudukan podium apabila mengakhiri saingan di tempat ketiga.

Bagaimanapun pemburuan kejuaraan dunia membabitkan Piastri dan Norris masih lagi terbuka dan kedua-dua pemandu McLaren itu dijangka akan terus mempamerkan persaingan sengit untuk merebut mahkota kejuaraan musim ini yang berbaki enam lagi pusingan untuk ditakluki.
F1

Bawa Balik Aksi Litar Ke Rumah

LEGO Technic McLaren memberi peluang anda merasai semangat perlumbaan, terus dari meja ke rak koleksi.


Dapatkan LEGO McLaren

Advertisement

Must Watch Video