Skip to main content

Permotoran

F1: Bekas rakan sepasukan Alonso ditahan atas pemilikan kereta mewah secara haram

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

2001-09-02-gp-belgio-sutton-5-alonso-700x448.jpg
Bekas rakan sepasukan pemandu Formula 1, Fernando Alonso iaitu Tarso Marques ditahan oleh pihak berkuasa Brazil atas tuduhan memiliki kereta mewah secara haram pada Isnin.

Menurut laporan yang disiarkan oleh media antarabangsa, Marques 49, ditahan pasukan polis negara itu ketika sedang memandu Lamborghini Gallardo di Sao Paolo tanpa nombor pendaftaran.

Bagaimanapun pemeriksaan lanjut yang dijalankan mencapati bahawa beliau memiliki rekod hutang yang terkumpul terhadap pemilikan kenderaan tersebut kepada kerajaan yang tidak dilunaskan berjumlah RM1.01 juta.

Beliau kemudianya ditahan oleh Polis Sao Paolo untuk siasatan lanjut dan juga pendakwaan.

Marques sebelum ini pernah menyertai pasukan Minardi bersama Alonso pada 2001 yang juga merupakan rakan sepasukan pertama Alonso.

Pada musim tersebut, Marques berjaya menamatkan saingan kejuaraan di hadapan Alonso dari segi pungutan mata selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-9 di GP Brazil dan Kanada.
F1

Bawa Balik Aksi Litar Ke Rumah

LEGO Aston Martin memberi peluang anda merasai semangat perlumbaan, terus dari meja ke rak koleksi.


Dapatkan LEGO Aston Martin

Advertisement

Must Watch Video