Skip to main content

E-Sukan

E-sukan: Arcane Ladies kini tampil sebagai Navi MY

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

navi.jpeg
Pasukan e-sukan wanita nombor satu tanah air dalam sukan Mobile Legend Bang Bang, Arcane Ladies, kini digelar sebagai Navi MY.

Perkara ini diumumkan secara rasmi di platform organisasi e-sukan Eropah itu, Navi telah mengumumkan dua pasukan baharu menerusi divisyen MLBB wanita iaitu Navi MY dan Navi PH.

"Kami berterima kasih dengan pihak Omega Esports dan Arcane Esports yang memudahkan urusan pembelian dan kami teruja untuk barisan baru Navi ini beraksi di pentas antarabangsa," kata Navi dlam kenyataan itu.

Arcale Ladies, yang sebelum ini berjaya melayakkan diri ke Kejohanan World E-Sport Cup (WEC), di Riyard, Arab Saudi akan membawa nama sebagai Navi MY.

Navi My dibarisi Fafau, Hanie, Rina, Remund dan Sha, yang akan membawa cabaran di WEC, Julai nanti.
 

Advertisement

Must Watch Video