Skip to main content

Permotoran

ESBK Talent: Terima kasih rakyat Malaysia, kata Qabil Irfan selepas bergelar juara keseluruhan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

qabil-irfan.jpg
Pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan, berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia selepas mengesahkan gelaran keseluruhan dalam Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) Talent di Litar Estoril, Portugal semalam.

Kejayaan menjuarai kedua-dua perlumbaan semalam secara automatik mengesahkan statusnya sebagai juara keseluruhan musim ini biarpun masih berbaki satu pusingan di Jerez, November depan.

Qabil Irfan, dalam satu hantara video selepas perlumbaan itu, berterima kasih kepada setiap pihak yang menyokongnya sepanjang dalam saingan berkenaan.

"Alhamdulillah sudah selesai perlumbaan di Estoril. Saya ingin berterima kasih kepada semua penaja dan pasukan yang banyak menyokong saya.

"Saya juga ingin beterima kasih kepada rakyat Malaysia dan Terengganu kerana sentiasa menyokong saya.

"Dalam perlumbaan tadi, saya cuma menjarakkan diri sejak dari awal dan cuba mengekalkan kelajuan dan Alhamdulillah saya menang," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video