Pelumba Espana Superbike Championship(ESBK)ESBK Talent negara, Qabil Irfan Azlan , menamatkan perlumbaan 2 di Circuito de Navarra, sebentar tadi, di tempat keempat selepas diasak hebat.
Di sebalik pendahuluan awalnya tidak dipertahankan bagi mengulangi kejayaan perlumbaan 1, namun dia kekal di tempat keempat selepas pecutan pelumba-pelumba menuju garisan penamat yang menyaksikan Alessio Arnold, Enzo Zaragoza dan pesaing ketatnya, Izan Rodriquez.
Biarpun terlepas podium, Qabil kini mengumpil 173 mata untuk berkelebihan 49 mata di depan Rodriquez dari Sepanyol.
"Saya susah nak ke depan atas beberapa faktor.
"Saya cuba asak dari awal perlumbaan tapi agak susah untuk saya mara ke depan," katanya selepas perlumbaan.