PERMOTORAN
ESBK Talent Cup: Qabil Irfan sasar raih podium di Jerez
Pelumba cilik negara, Qabil Irfan, telah berangkat ke Sepanyol untuk mengharungi cabaran kategori baru di Kejohanan Spanish Superbike yang akan berlangsung di Litar Jerez hujung minggu ini.
Juara dunia MiniGP 2023 itu akan bersaing dalam kategori ESBK Talent Cup bersama pasukan yang sama iaitu VHC Racing Team.
Bertemankan jentera Honda NSF 250R di atas litar perlumbaan pada Sabtu dan Ahad ini, Qabil berharap agar segala persiapannya membuahkan hasil serta menanam hasrat untuk meraih podium dalam saingan pusingan pertama ESBK musim ini.
Iklan
"Sebelum ini saya ada terlepas sesi ujian di Jerez kerana banjir, saya sudah lakukan ujian di Sepang untuk persediaan berlumba di Jerez.
"Saya harap semua berjalan lancar, saya sasarkan menang perlumbaan dan raih podium untuk pusingan pertama kali ini." katanya.
Must-Watch Video