Skip to main content

Permotoran

ESBK: Qabil Irfan sekali lagi panjat podium dalam perlumbaan kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

esbk.jpg
Pelumba cilik negara, Qabil Irfan Azlan, meneruskan rentak cemerlangnya apabila menamatkan perlumbaan kedua saingan Moto 4 ESBK di tempat kedua dalam saingan di Litar Estoril, Portugal sebentar tadi.

Selepas menamatkan perlumbaan pertama pusingan ketiga itu di tempat ketiga semalam, pelumba muda negara itu sekali lagi memanjat podium, kali ini di kedudukan lebih baik selaku naib juara.

Dia seterusnya akan ke Litar Catalunya, Sepanyol bagi perlumbaan pusingan keempat hujung bulan ini.

 

Advertisement

Must Watch Video