PERMOTORAN
ESBK: Qabil Irfan raih kejuaraan pertama di Barcelona
Lagu kebangsaan berkumandang di bumi sepanyol selepas Qabil Irfan berjaya muncul juara kategori Moto 4 dalam perlumbaan kedua pusingan keempat Espana De Superbike di litar Barcelona, Catalunya.
Walaupun pada Sabtu, Qabil hanya raih kedudukan kelima di perlumbaan pertama, namun hari ini walaupun bermula di petak kelima namun dia buktikan kehebatannya selepas ketepikan cabaran tiga perlumba teratas.
Qabil banyak menghabiskan masanya bertahan di tempat kedua dan di lap terakhir Qabil lakukan kejutan selepas henjutan terbaik yang menghadiahkan kedudukan podium utama buat dirinya.
Iklan
"Alhamdulillah saya berjaya menamatkan perlumbaan nombor satu hari ini dan alhamdulillah ini rezeki saya untuk menang pada pusingan kali ini.
"Dan saya nak ucapkan terima kasih kepada mak ayah saya, makenik saya, ketua makenik saya, ZK Racing, SIC kerana banyak membantu saya dan alhamulillah ini kemenangan pertama kali saya di ESBK.
Must-Watch Video