HOKI
Ekoran isu teknikal, AGM KLHA ditangguhkan ke satu tarikh baru
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) yang sepatutnya berlangsung hari ini terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang baru.
Ekoran masalah teknikal yang disuarakan oleh ahli gabungan, agenda utama iaitu pemilihan jawatankuasa eksekutif turut tidak dapat dilaksanakan.
"Atas nasihat peguam dan keputusan lembaga. Fasal 15 menyatakan sekurang-kurangnya memerlukan tujuh hari. Jadi proses audit sedikit lambat.
Iklan
"Sudah tentu mereka mencuba sehabis baik tetapi ada kalanya terlepas pandang.
"Kami harus memastikan segala kerja pentadbiran selesai sebelum memilih satu tarikh yang baru," katanya.
Jawatan presiden KLHA menjadi tumpuan perebutan hangat apabila I.Vikneswaran selaku penyandang menerima tentangan sangit oleh Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin.
Kuala Lumpur antara ahli gabungan penting Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) termasuk melahirkan ramai pemain kebangsaan.
"Semua tempat dia nak bertanding tetapi itu hak masing-masing. Pertandingan harus sihat dan positif.
"Kalau ada yang tidak puas hati kerana mengalami masalah teknikal, kami harus terima," katanya lagi.
Must-Watch Video