Skip to main content

Sukan Lain

Edisi terbaru Liga Ragbi Selangor lebih kompetitif

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

krs.jpg
Penganjuran Liga Ragbi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) - Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) lebih gah tahun ini menerusi pengenalan kategori wanita 15 sepasukan (15s) buat kali pertama dalam sejarah, sekali gus mencerminkan komitmen mengutamakan platform kompetitif buat pemain wanita.

Liga MSNS-KRS mencapai penanda aras baru edisi kali ini apabila mempertandingkan tiga kategori ragbi 15s - saingan lelaki divisyen 1 dan 2 - dan saingan wanita.

Daripada jumlah 15 pasukan yang mengesahkan penyertaan, hanya enam pasukan bertanding dalam divisyen 1, manakala empat pasukan dalam saingan divisyen 2.

Baki lima pasukan dalam saingan wanita  dan ke semua pasukan bertanding merupakan kelab-kelab ahli gabungan KRS, selain penyertaan pasukan daripada Majlis Sukan Angkatan Tentera dan Kesatuan Ragbi Sarawak.




Penganjuran edisi kali ini lebih penting apabila bakat terbaik berpeluang menjadi sebahagian daripada pasukan selangor dalam Piala Agong tatkala bagi pemain wanita, berpeluang diketengahkan ke saingan liga wanita di peringkat kebangsaan penghujung tahun ini.

Tidak ketinggalan, bakat remaja terbaik, akan diberikan peluang khas untuk menyertai pasukan tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA), Selangor tahun hadapan.

Advertisement

Must Watch Video