Pemain skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow, akan melepaskan penyertaan kejohanan sepanjang bulan depan kerana mahu memanfaatkan latihan bersama Peter Genever sebelum jurulatihnya itu pulang ke England.
Genever menyerahkan surat peletakan jawatan sebagi ketua jurulatih negara pada 7 Januari lalu
Dia yang akan pulang ke England pada hujung bulan depan masih membantu program latihan atlet.
Kesempatan itu diambil Eain Yow untuk memanfaatkan masa yang ada bersama mentornya itu.
"Ia keputusan yang besar dan saya memilih untuk menamatkan beberapa minggu mendatang untuk bersama dengannya sebelum ke Kejohanan Dunia.
"Ia merupakan peluang terakhir untuk saya berlatih di bawahnya
"Dia banyak mendidik saya selama ini.
"Dia meninggalkan saya dengan banyak pengajaran berguna untuk bermain dengan baik.
"Apa yang diajarnya itu akan saya gunakan sepanjang karier," katanya.
Eain Yow baru sahaja pulang daripada menyertai Kejohanan Antara Juara JP Morgan di New York, Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun, dia gagal untuk mengekalkan momentum permulaan baik sebelum tersingkir dalam pusingan kedua.
"Saya menyasarkan untuk memperbaiki ranking sepanjang tahun ini.
"Saya hanya mahu menewaskan lawan untuk meningkatkan ranking.
"Saya kini bermain dengan lebih yakin untuk berdepan kelompok 30 pemain terbaik dunia.
"Saya akan meningkatkan tahap permainan untuk menewaskan lawan yang lebih sukar pada masa akan datang.
"Saya juga akan memberikan aksi terbaik dalam Kejohanan Individu Asia.
"Jika saya mampu beraksi baik, saya mungkin akan menjuarai kejohanan itu," tambahnya.