Perenang dari Amerika Syarikat, Caeleb Dressel, berjaya menyamai rekod yang dipegang oleh Michael Phelps apabila memenangi tujuh pingat emas keseluruhan pada hari terakhir Kejohanan Dunia di Budapest, Hungary, semalam.
Dia sebelum ini telah mencatatkan rekod baru apabila membawa pulang tiga pingat emas dalam satu sesi pada Sabtu sebelum memungut satu lagi pingat emas sehari kemudian menerusi acara 4x100 meter medley berpasukan.
Perenang berusia 20 tahun itu menampilkan aksi hebat menerusi kuak kupu-kupu, bersama-sama Matt Grevers (kuak lentang), Kevin Cordes (kuak dada) dan Nathan Adrian (gaya bebas) untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenangi sebelum ini.
Mereka berjaya mencatatkan masa 27.91 saat, sekaligus meletakkan pencabar utama, Great Britain, di tempat kedua.
"Saya sangat penat tetapi seperti yang anda saksikan, ia adalah satu musim yang hebat.
“Banyak perkara yang tidak dapat dilihat orang ramai sebelum kejayaan ini dicapai dan saya amat gembira,” kata Dressel.