Majlis Sukan Negara (MSN) bercadang untuk mewujudkan satu galeri khas bagi meraikan kejayaan kontinjen Malaysia dalam temasya KL2017, termasuk Dinding Kemasyhuran bagi pemenang setiap pingat emas.
Sebelum ini, MSN sudahpun menempatkan Dinding Kemasyhuran itu di hotel penginapan rasmi kontinjen negara di Hotel Renaissance sepanjang berlangsungnya Sukan SEA yang lalu.
Ia memaparkan wajah setiap penyumbang pingat emas negara, bermula daripada kejayaan skuad chinlone memperolehi emas sulung sehinggalah kejayaan Azizulhasni Awang melengkapkan sasaran 111 emas.
Sementara itu, baki 34 pemenang lagi turut mempunyai ruang mereka tersendiri.
Menurut pemangku Pengarah Bahagian Atlet MSN merangkap Timbalan Ketua Kontinjen negara, Jefri Ngadirin, keputusan untuk mengadakan Dinding Kemasyhuran itu tepat sekali kerana ia secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi moral kontinjen negara.
"Kami ingin memberi inspirasi kepada atlet-atlet agar apabila mereka menyertai latihan dan pertandingan kelak, mereka dapat melihat kejayaan rakan-rakan mereka dan seterusnya dapat menampilkan prestasi yang lebih baik," katanya.
Dalam masa sama, beberapa atlet yang meraih emas dalam temasya Sukan SEA kali ini turut gembira dengan penghormatan yang diberikan MSN kepada mereka.
"Ini penyertaan kedua saya dalam Sukan SEA dan sangat berbangga, lebih-lebih lagi apabila berjaya mencapai sasaran," kata pemain tonggak bola jaring negara, An Najwa Azizan.
Atlet wushu negara, Loh Jack Chang, yang menyumbang dua emas pula berkata: "Saya bangga dan lega kerana berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan.
"Kini atlet berasakan mereka boleh melakukan yang lebih baik lagi."
Selepas berakhirnya temasya Sukan SEA, MSN mengambil langkah awal dengan memindahkan Dinding Kemasyhuran itu kembali ke lokasi mereka di Bukit Jalil.
Secara tidak langsung, ia memberi peluang kepada peminat sukan untuk melihat Dinding Kemasyhuran itu.
"MSN sudah merancang untuk meletakkan galeri ini di tingkat bawah bangunan MSN.
"Di situ kami akan menempatkan semua memorabilia untuk peminat-peminat melihat sejarah penyertaan dan kejayaan atlet negara," kata Jefri lagi.