Skip to main content

Sukan

'Demi lihat hayat Saravanan terus berpanjangan'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

saravanan.jpg
Pengerusi Yayasan Pemerkasaan Pendidikan dan Kemahiran, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed, turun padang menghulurkan bantuan RM15,000 kepada pemenang pingat emas Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998, G. Saravanan.

Tujuan itu sudah tentu ingin meringankan penderitaan juara acara jalan kaki 50 kilometer (km) itu yang sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ekoran diserang penyakit Motor Neurone Disorder (MND).

"Kami ada menganjurkan satu kutipan dana. 

"Kita akan menggunakan sepenuhnya sumbangan tersebut bagi membantu kos perubatan dan kemudahan lain. 

 

"Itulah harapan kami untuk dapat memanjangkan lagi hayatnya," katanya di Nadi Arena.

Tidak ketinggalan bersama membantu Saravanan adalah juara enam kali skuasy kebangsaan, Kenneth Low, yang menderma RM500.00.

Untuk rekod, MND merupakan penyakit yang sama dihidapi oleh legenda bola sepak Harimau Malaya, Allahyarham Mokhtar Dahari (Supermokh).

Advertisement

Must Watch Video