Skip to main content

Permotoran

Dean Harrison juara Superstock TT1 dalam aksi Isle of Man TT 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tt-isle-of-man.jpg
Penunggang BMW, Michael Dunlop, mencatatkan kemenangan podium ke-47 sepanjang kariernya dalam siri perlumbaan paling berbahaya di dunia, Isle Of Man TT, yang berakhir pada semalam.

Pusingan perlumbaan bagi edisi kali ini, pelumba pasukan Honda Racing, Dean harrison, berjaya menafikan penguasaan Dunlop apabila memenangi siri perlumbaan tersebut buat pertama kali dalam semua kelas sejak 2019.

Bahkan, beliau turut menafikan saingan sengit yang ditampilkan oleh seorang lagi penunggan jentera BMW, Davey Todd, yang terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua dengan jarak masa 11.656 saat di belakang.

Ketinggalan lebih 20 saat di belakang meletakkan Dunlop di kedudukan ketiga keseluruhan bagi kategori Superstock TT1.

Bagaimanapun, seorang lagi pelumba yang dianggap senior dalam saingan IOMTT, Conor Commins, yang kini telah bersama jentera BMW, sekadar menamatkan perlumbaan di tempat keenam.

Sementara itu, kekecewaan dalam perlumbaan Superstock TT1 akhirnya dibalas dengan kemenangan bergaya oleh Dunlop dalam perlumbaan Supertwin 1 dengan menggunakan jentera Paton.

Beliau berjaya muncul juara selepas meninggalkan Michael Evans 22.673 saat dibelakang.

Sementara itu, Rob Hodson mengakhiri saingan di tempat ketiga.

 

Advertisement

Must Watch Video