Skip to main content

Sukan

Deaflympics: Yilamaran adaptasi cuaca sejuk di Jepun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yil.jpg
Atlet karate pekak kebangsaan yang akan beraksi dalam kategori kumite bawah 84kg (kilogram), Yilamaran Vispalinggam, mengakui sudah mengadaptasi dengan suasana sejuk di Jepun bagi menghadapi temasya Deaflympics Tokyo 2025 bermula Sabtu depan.

"Buat masa ini kami telah berlatih dan sudah membiasakan dengan cuaca di sini, tetapi kami lebih fokus untuk ke Deaflympics di Tokyo nanti," katanya.

Menurut jurulatihnya, Caleb Zheng, selepas empat hari berada di negara matahari terbit itu, Yilamaran telah menunjukkan perkembangan yang baik untuk terus menjadi harapan utama menukar kilauan perak edisi lalu kepada emas dalam edisi Deaflympics kali ini.

"Hari ini hari latih keempat di Jepun, mereka menunjukkan prestasi yang baik di sini dan mengadaptasi dengan cuaca memandangkan cuaca sangat sejuk.

"Saya percaya Yilamaran mampu pertahan gelaran dan saya positif dengan atlet lain." tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video