Dua pelari pecut pekak kebangsaan, Zamin Azman dan Hazrul Shah Hamri, kandas di peringkat separuh akir acara 100m dalam Sukan Deaflympics di Tokyo, Jepun hari ini.
Zamir merekodkan catatan 11.47 saat dalam saingan itu untuk memperbaiki catatan 11.58 saat di peringkat saringan tetapi ia belum cukup untuk melayakkannya ke final selepas menduduki tempat kelapan.
Hazrul Shah, dalam pada itu, mengalami kemerosotan apabila mencatatkan masa 11.73 saat dalam satu lagi saingan separuh akhir berbanding 11.53 saat yang dilakukannya dalam pusingan saringan, untuk turut tersingkir dengan menduduki tempat kelapan.
Zamir dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, berkata: "Saya memang fokus kepada lampu sahaja dan apabila hijau, saya terus buat pergerakan tetapi kemudian saya lihat ada bendera.
"Saya fikir saya yang bersalah tetapi apabila dilihat, nasib baik bukan saya kerana pelari dari Colombia di sebelah saya yang dilayangkan kad kuning.
Hazrul Shah pula berkata: "Sama seperti semalam, saya sudah buat yang terbaik tetapi hari ini saya tidak bernasib baik kerana cuaca terlalu sejuk sehingga saya sakit sendi."

Laju dengan Puma
Capai prestasi terbaik anda dengan Puma Running Shoes – ringan, selesa dan menyokong setiap langkah.
Grab Sekarang