Skip to main content

Sukan Lain

Deaflympics: Azlan pecah rekod peribadi ke final 1,500m

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azlan-kuste.jpg
Pelari dari Sabah, Azlan Kuste, mencipta sensasi apabila layak ke final acara 1,500 meter dengan memecahkan rekod peribadinya dalam Sukan Deaflympics di Tokyo, Jepun hari ini.

Azlan membuktikan kehadirannya di Negara Matahari Terbit itu bukan sekadar pelengkap jadual apabila mencatatkan 14 minit 16 saat, sekali gus memperbaharui rekod 14 minit 69 saat yang dilakukannya dalam Kejohanan Terbuka Sabah RS Athletic League pada Februari lalu. 

"Saya amat bersyukur kerana saya kini berada di tangga keenam dan layak ke final," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Saya sentiasa ingat, yakin dan percaya dengan meneguhkan diri saya. Saya memohon doa daripada ibu-bapa, yang selalu mengharapkan saya masuk ke final.

"Saya juga tidak melupakan semua pihak yang banyak membantu saya dan banyak berterima kasih, terutama buat jurulatih saya, yang sentiasa memberikan sokongan, dan semua rakyat Malaysia."


 
Puma

Laju dengan Puma

Capai prestasi terbaik anda dengan Puma Running Shoes – ringan, selesa dan menyokong setiap langkah.
Grab Sekarang

Advertisement

Must Watch Video