Skip to main content

Bola Jaring

Dari Asia ke Gibraltar, Malaysia B-21 sedia hadapi gergasi bola jaring dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bola-jaring-b21.jpg
Pasukan B-21 Malaysia kini selamat tiba di Gibraltar bagi memulakan saingan dalam Netball World Youth Cup (NWYC) 2025 bermula 19 hingga 28 September.

Terdapat 20 negara yang mengambil bahagian dari 5 benua, dan Malaysia yang memegang status juara bola jaring remaja Asia 2023, layak secara automatik bersama dua lagi wakil Asia yang lain, Singapura dan Sri Lanka.

Pasukan Malaysia berada dalam kumpulan A bersama tuan rumah, Gibraltar, Cook Islands, Zambia, dan New Zealand dan kejohanan ini akan membuka tirai esok dalam aksi kumpulan yang akan berlangsung di dua venue iaitu Europa Sports Complex dan Tercentenary Sports Hall. 

Mereka akan memulakan cabaran pada 21 September berdepan Gibraltar, kemudian Zambia dan juara bertahan, New Zealand untuk mengenal pasti kedudukan dalam kumpulan sebelum dibahagikan dalam ‘post pool play’ : kedudukan 1-8, 9-16 dan 17-20.

Untuk rekod, mereka tewas dalam aksi final remaja asia 2025, Julai lalu kepada Singapura dan gagal mempertahankan kejuaraan lalu. Namun, semangat juang yang dibawa ditambah persiapan dari segi mental dan fizikal mampu memberikan ‘booster’ baru kepada Malaysia untuk memperbaiki prestasi di peringkat tertinggi. Sudah pasti, saingan di pentas dunia ini bakal memberikan satu pengalaman berharga buat pemain muda negara untuk meningkatkan lagi kualiti permainan mereka di masa akan datang.

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video