Skip to main content

Permotoran

Cub Prix: TKKR Racing Team umum tarik diri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tkkr-racing.jpg
Dunia sukan permotoran tempatan dikejutkan dengan pengumuman rasmi pembubaran pasukan TKKR Racing daripada penyertaan kejuaraan Malaysia Cub Prix musim ini. 

Pengumuman tersebut dibuat sendiri oleh Ariesham, figura utama TKKR Racing, melalui satu kenyataan pagi ini.

Menurutnya, keputusan berat itu terpaksa dibuat selepas kegagalan berterusan mendapatkan penaja untuk meneruskan operasi pasukan. Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan, cabaran industri kecil serta alasan pelbagai pihak menutup ruang untuk pasukan itu meneruskan saingan.



Sepanjang penglibatannya, TKKR Racing telah mencatat pelbagai pencapaian termasuk membawa pelumba Malaysia ke pentas Asia dan Eropah, serta membantu mengangkat jenama ONEXOX ke tahap pengiktirafan nasional sebagai MVNO terbaik.

Walaupun pasukan dibubarkan, bengkel TKKR akan terus beroperasi seperti biasa di Seremban 2. Semua jentera dan kelengkapan perlumbaan akan dijual sebagai langkah meneruskan kelangsungan.

TKKR Racing turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang pernah menyokong dan berjuang bersama mereka dalam arena Cub Prix.

 
100 Plus

Hidrasi & Tenaga Untuk Semua

Minuman isotonik dengan vitamin bantu kekal segar dan bertenaga.


Segarkan Diri Sekarang

Advertisement

Must Watch Video