CUB PRIX
Cub Prix: TKKR Racing Team laung hasrat juarai kategori CP150
Pengurus pasukan TKKR Racing Team, Bobie Farid Shamsudin, menanam impian besar untuk merealisasikan hasrat menjuarai kategori CP150 musim ini yang masih belum pernah dikecapi pasukannya.
Dengan pengalaman selama lapan tahun dalam saingan Cub Prix Malaysia, sudah pelbagai kejuaraan sudah dimiliki pasukannya, namun hanya kategori CP150 yang masih belum wujud di dalam koleksinya.
Dalam pada itu, misi itu juga adalah misi besar buat Bobie sendiri meskipun akan menghadapai cabaran dari pelumba 'Super Star' yang menguasai carta tertinggi keseluruhan.
Iklan
"Pencapaian terbaik pasukan adalah di kedudukan ketiga kategori CP150 dan kita tahu bahawa pelumba-pelumba Malaysia di kategori itu semuanya hebat"
"Semestinya pasukan perlukan persediaan yang lebih rapi, pelumba yang lebih matang dan jentera yang lebih hebat untuk berpelang menjuarai kategori CP150 satu hari nanti." katanya.
Must-Watch Video