CUB PRIX
Cub Prix: Roti John Padu Emil Idzhar di Bazar Ramadan!
Pelumba CP150, Emil Idzhar Ezuan, ketepikan kehangatan disebalik litar lumba dan beralih kepada kehangatan di bazar Ramadan membantu bapa sudara berniaga menjual Roti John dan Ayam gunting.
Di sebalik bahang Cup Prix yang tidak lama lagi akan membuka tiranya, Emil mengakui sudah mula membantu keluarga berniaga pada bulan Ramadan sejak usia 13 tahun.
"Sambutan perniagaan pada setiap bulan Ramadan amatlah memberangsangkan, kedai padat dengan pelanggan daripada awal operasi sehinggalah waktu berbuka puasa.
Iklan
"Jika tidak ramai pelenggan, saya ambil tugas untuk memasak, manakala jika ramai pelanggan, saya amik tugas untuk membalut roti John." katanya.
Diambang saingan Cub Prix musim 2025, Emil juga memberi pendedahan awal bahawa dia masih akan beraksi bersama pasukan yang sama iaitu Petronas Sprinta Yamaha CKJ Racing, namun tidak mendapat kata putus sama ada beraksi di kategori CP150 ataupun CP125.
"Saya masih pasukan yang sama, cuma saya tidak pasti sama ada berlumba di kategori CP150 ataupun CP125." tambahnya.
Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 akan membuka tirainya pada 19 April bertempat di Litar Antarabangsa Sepang.
Must-Watch Video