CUB PRIX
Cub Prix: Persediaan sudah hampir 80% -- Afif Amran optimis di landasan terbaik
Pelumba Cub Prix CP150, Ahmad Afif Amran, menegaskan syarat dan regulasi yang diubahsuai dalam perlumbaan Cub Prix edisi 2025 bakal membuka lembaran baru kepada barisan pelumba untuk mencapai kejayaan menjelang perlumbaan pertama di Litar Antarabangsa Sepang Utara bermula 19 hingga 20 April ini.
Dia turut mengakui dengan tetapan jentera yang berkualiti dalam pasukan Petronas Sprinta Yamaha CKJ Racing akan menghasilkan kelajuan dan pecutan yang lebih berkesan.
Tambahan pula dengan pengenalan pusingan ketiga di LYL International Karting Circuit Monkeys Canopy yang akan menambah lagi kerancakan dalam saingan edisi kali ini.
Iklan
"Persediaan untuk saya dan pasukan sudah hampir 80%, kerana sudah banyak sesi ujian berbanding yang hanya satu kali sebelum perlumbaan bermula, tetapi tahun ini sudah dua kali.
"Ini membuktikan pasukan saya dan rakan-rakan saya juga telah bersedia untuk perlumbaan kali ini." katanya.
Perubahan regulasi itu melibatkan campuran berat badan dan jentera yang perlu mencapai 168 kilogram berbeza daripada syarat sebelumnya yang hanya menyaksikan campuran berat badan dan jentera mencapai berat 155 kilogram sahaja.
Must-Watch Video