SUKAN-LAIN
Cub Prix: Obert gigih cari makan!
Masih lagi terngiang bagaimana saya terkedu ketika sedang mengulas perlumbaan akhir saingan Cub Prix Malaysia kategori Expert di litar sepang berbelas tahun lalu, mungkin hampir 17 tahun,.
Ketika itu Rosnizam Md Noor sedang berada di hadapan untuk muncul juara di Sepang, tetapi entah kenapa dia melakukan kesilapan di selekoh terakhir, 100 meter menuju ke garis penamat Pelumba di belakangnya yang saya tidak ingat berjaya merampas posisi podium pertama yang mengakibatkan Obert menumbuk angin dan mengetuk motosikalnya selepas tamat perlumbaan.
Itu antara momen tak dapat saya lupakan. Rupanya Rosnizam juga begitu. Kami bertemu semula selepas 17 tahun peristiwa itu secara tidak sengaja di Selayang!
Iklan
Obert nama panggilan Rosnizam menjerit nama saya ketika saya memakir skuter saya di depan bengkel motosikal. Saya tidak mempedulikan tentang jeritan itu. Tetapi Rupanya dia Obert, bekas pelumba negara yang kini merupakan pemilik sebuah bengkel motosikal di Selayang.
Lama kami berbual, pelbagai topik. Obert rupanya sudah lama mengusakan bengkel ini, ramai pelanggan. Paling mencuri pandangan ialah deretan trofi kemenangannya dulu.
" dah lama saya buka bengkel ni, abang jer tak tau". Di sinilah tempat saya mencari rezei tambahan.
Rupanya Obert juga masih aktif dalam perlumbaan Cub Prix, sebagai Pengurus pasukan . Dia kini bersama Pasukan AM25 VOGE Racing Team yang diterajui rakannya Azlan Shah Kamaruzzaman.
Selamat maju jaya Obert!
Saingan Cub Prix Malaysia 2025 akan menyingkap tirainya pada 19 dan 20 April nanti di Litar Antarabangsa Sepang Utara.
Must-Watch Video