CUB PRIX
Cub Prix: Kehangatan semakin dirasai, saingan permotoran Malaysia kembali temui peminat!
Musim terbaru Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix secara rasminya dilancarkan di Litar Karting Antarabangsa dengan menawarkan format 10 pusingan di 10 lokasi berbeza.
Tirai perlumbaan akan bermula di Litar Antarabangsa Sepang Utara pada hujung minggu depan dan masuk adalah percuma.
Pengarah Promosi Safe Aim Mutual, Ron Hogg berkata, “Kejuaraan itu kekal menjadi satu platform yang penting dalam mencipta dan membangunkan ekosistem di luar bidang sukan, terutamanya dalam memastikan impak kelestarian ataupun “sustainability” yang konsisten dan berterusan bagi komuniti Cub Prix.
Iklan
"Matlamat kami sepanjang 32 tahun adalah untuk memastikan pencapaian tersebut di samping menyediakan persekitaran yang selamat dan kondusif kepada para pelumba kami.
"Di sinilah lahirnya keunikan Petronas Cub Prix. Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix bukan sekadar sukan, tetapi lebih daripada itu, ia juga merupakan platform yang merangsang perkembangan yang lebih besar bagi komuniti, masyarakat dan negara,” tambahnya.
Musim 2025 Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cubprix dilancarkan hari ini sebelum pusingan pertama bermula pada 19 & 20 April ini di Litar Sepang Utara 🏍️Ada jentera baru, litar baru dan pasukan baharu? 👀More on @ASTROARENA pic.twitter.com/hix3YdrW1Q— Kamal Nizam (@kamalnizamm) April 10, 2025
“Ini adalah suatu fasa yang mengujakan, lebih-lebih lagi dengan pertambahan daripada segi penyertaan. Salah satu daripadanya adalah bagi kategori Petronas Sprinta Pro-Am Cup yang akan menyaksikan penyertaan bekas-bekas pelumba daripada kategori “expert”.
"Ini pastinya menjadi penanda aras kepada kami terutamanya dalam mempamerkan aspirasi sebenar yang tidak mengenal had umur.
"Selain itu, kejuaraan ini juga akan melihat penyertaan jentera jenama pengeluar baharu yang akan berlumba bersama jenama-jenama terkenal, Yamaha dan Honda di kategori perlumbaan CP150.
"Pada 32 tahun yang lalu, kejuaraan ini telah melihat penyertaan jenama pengeluar seperti Suzuki dan Modenas, musim ini akan menyambut penyertaan pemain industri baharu iaitu Voge yang akan mencabar norma dengan kelebihan tersendiri.
"Dengan usaha sama ini, kami berharap dapat memberikan inspirasi kepada jentera-jentera pengeluar yang lain untuk mengenali nilai dan kepentingan kejuaraan ini terutamanya dalam perkembangan industri dua roda,” katanya lagi.
Ron juga menekankan usaha yang sedang dijalankan dalam mendidik dan meningkatkan kesedaran terhadap Cub Prix serta komitmennya melangkaui sukan dan pada masa sama menyokong amalan keselamatan jalan raya.
Program yang akan berlangsung di 16 buah sekolah menengah di Lembah Klang ini turut diperkasakan melalui kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang bertujuan memberi impak kepada masyarakat dengan menunggang selamat.
Must-Watch Video